Selasa, 21 April 2009
GURU WAJIB BERTUDUNG LABUH
Pada perhimpunan mingguan 13/4/2009 yang lalu, pengetua sekali lagi mengingatkan para guru perempuan untuk bertudung labuh. Ini merupakan teguran kali kedua setelah pengetua berbuat demikian kali pertama pada mesyuarat guru yang lepas. Selain itu pengetua juga menginatkan supaya semua guru dikehendaki menghadiri sekolah sebelum 7.30pagi pada kecuali Isnin iaitu sebelum 7.15pagi.
Khamis, 9 April 2009
Pelajar tingkatan 3 & 5 dilarang terlibat aktiviti koku mulai April
Hasil mesyuarat ketua-ketua bidang dan penolong kanan pada 7 April yang lalu, kesemua pelajar tingkatan 3 dan 5 di larang untuk terlibat sebarang aktiviti koku mulai April. Tindakan itu berikutan pelajar2 berkenaan perlu menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran untuk menghadapi SPM dan PMR yang semakin hampir.Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah piala pengetua yang dijangkakan berlangsung tidak lama lagi.
Kawad tempat ke-4
Walaupun latihan kawad yang di adakan menimbulkan kontroversi berkenaan latihan kawad yang dijalankan dipagi hari namun prestasinya tidak menghampakan. Sekadar tempat ke4 dikira bertuah kerana ini merupakan kali pertama mizan menyertai pertandingan kawad.
Ahad, 15 Mac 2009
Al-Mizan Cemerlang SPM
Tahniah buat semua warga Al-Mizan dgn kecemerlangan SPM yang dicapai baru2 ni. Al-Mizan mendapat kedudukan SPM kedua terbaik dalam daerah Kuala Kangsar selepas MCKK. Walau bgaimanapun daerah Kuala Kangsar mendapat tempat ke4 dalam negeri perak. Dan Negeri perak masih di tangga terbawah dalam senarai SPM terbaik dalam negeri2 di Malaysia. Seorang pelajar mendapat 7A (Siti Zahrah), seorang 6A (Hafiz Hashim).
Ahad, 8 Mac 2009
Pelajar Ting. 4 Kembali
Beberapa pelajar ting.4 yang telah pindah ke sekolah lain, telah kembali semula ke Al-Mizan. Setakat ini 2 org pelajar dari Idrisiah, telah kembali semula ke Al-Mizan. Menurut rakan-rakan mereka, pelajar-pelajar ini masih sayang untuk meninggalkan al-mizan memandangkan mereka telah 3 tahun bersama kawan2 di Al-Mizna mengharungi suka dan duka. Mereka juga dikatakan tidak sanggup meninggalakan guru-guru mereka yang telah bersusah payah mendidik mereka hingga ke tahap ini. Ust Abrar dengan lapang dada menerima kembali mereka ini. Semoga mereka dapat mengharumkan nama Al-Mizan pada masa akan datang.
Khamis, 5 Mac 2009
Guru Wajib Bayar RM3
Semua guru diminta membayar rm3 arahan PPD bertujuan untuk mengadakan perayaan sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Sambil memungut duit dari guru-guru, Ust Dzorif menegaskan kita sebagai guru wajib untuk menurut arahan tersebut. Secara sukarela Ust Dzorif menawarkan diri untuk menjadi pemungut wang tersebut dari guru-guru.
Virus Menular di Al-Mizan
Guru-guru dinasihatkan berhati-hati dgn virus komputer yang semakin banyak menular. Terbaru virus trojan yang boleh melembapkan komputer atau laptop. Juga diingatkan kapada guru-guru supaya lebih berhati-hati kerana telah dijumpai di salah sebuah laptop guru mizan baru-baru ini iaitu virus 'password viewer'. Yang mana virus ini dapat mengesan dan menghantar maklumat berkenaan pasword dan data peribadi pemilik laptop kpd org ketiga. Di sini saya ingin mengesyorkan antivirus yang praktikal masa ini adalah jenis kaspersky 2009.
Sebilangan Besar Guru Tidak ke Sekolah Minggu Hadapan
Majlis konvokesyen maktab yang diadakan serentak menyusahkan pihak sekolah. Ini berikutan ketiadaan guru kerana menghadiri majlis konvo. Hampir separuh guru terlibat dengan majlis tersebut. Ketika di tanya mengenai keadaan sekolah yang bakal berlaku semasa ketiadaan guru, Ust Hassan dgn nada marah sambil menghentak-hentakkan printer nya yang kehabisan dakwat berkata "biaq depa pi semua. Esok-esok kami pi, hangpa plak jaga sekolah. Baru hangpa tau begitu seksanya nak jaga sekolah dgn jumlah guru yang sikit".
Rabu, 4 Mac 2009
Al-Mizan Dipecah Lagi
Pertengahan bulan dua yang lalu buat kali ketiganya Al-Mizan dipecah masuk. Dipercayai kejadian berlaku pada tgh malam. Beberapa barang didapati hilang termasuklah kamera digital Ust Abrar, buku cek sekolah dan sejambak kunci. Jambak kunci tersebut ditemui semula pada keesokan harinya berhampiran padang sekolah. Laporan polis telah dibuat. namun seperti sebelum-sebelumnya pihak polis gagal menjejaki penyamun tersebut.
Mogok Merentas Desa
Catur Kecundang Lagi
Sekali lagi SMA Maahad Al-Mizan diaibkan dgn kekalahan pemainnya yang mewakili daerah ke peringkat negeri di Pengkalan Hulu. Walaupun telah mewakili daerah 4 tahun berturut-turut, namun sejarah masih belum dicipta untuk mewakili negeri. Aisyah Humairak pelajar tingkatan 4 ketika ditemuramah memberitahu beliau tersingkir gara-gara tidak tertahan untuk ke tandas ketika sedang bermain. Menurutnya lagi setelah selesai mengqado hajatnya, beliau terkejut apabila melihat buah-buah caturnya telah diubah.
Langgan:
Catatan (Atom)