Selasa, 21 April 2009

GURU WAJIB BERTUDUNG LABUH


Pada perhimpunan mingguan 13/4/2009 yang lalu, pengetua sekali lagi mengingatkan para guru perempuan untuk bertudung labuh. Ini merupakan teguran kali kedua setelah pengetua berbuat demikian kali pertama pada mesyuarat guru yang lepas. Selain itu pengetua juga menginatkan supaya semua guru dikehendaki menghadiri sekolah sebelum 7.30pagi pada kecuali Isnin iaitu sebelum 7.15pagi.

Khamis, 9 April 2009

Pelajar tingkatan 3 & 5 dilarang terlibat aktiviti koku mulai April

Hasil mesyuarat ketua-ketua bidang dan penolong kanan pada 7 April yang lalu, kesemua pelajar tingkatan 3 dan 5 di larang untuk terlibat sebarang aktiviti koku mulai April. Tindakan itu berikutan pelajar2 berkenaan perlu menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran untuk menghadapi SPM dan PMR yang semakin hampir.Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah piala pengetua yang dijangkakan berlangsung tidak lama lagi.

Kawad tempat ke-4

Walaupun latihan kawad yang di adakan menimbulkan kontroversi berkenaan latihan kawad yang dijalankan dipagi hari namun prestasinya tidak menghampakan. Sekadar tempat ke4 dikira bertuah kerana ini merupakan kali pertama mizan menyertai pertandingan kawad.